Kitab-kitab Suci Hinduisme

(Artikel utama : Veda)

Veda atau Śruti

Veda ialah ayat-ayat suci yang didedahkan kepada golonganRishi. Ayat-ayat suci ini dipercayai telah sedia wujud dan didengar oleh golongan Rishi. Oleh itu, Veda dikenali sebagai Ṥruti (bermaksud sesuatu yang 'didengar') Veda ialah apauruṣeya bermaksud bukan ciptaan manusia. Perkataan Sanskrit Veda bermaksud ilmu. Golongan Rishi engganuntuk menulis ayat-ayat suci ini kerana kesalihannya. Mereka menghafalayat-ayat ini dan mengajarnya secara lisan kepada pengikut-pengikut mereka. Demikian,daripada generasi ke generasi, Veda diturunkan secara lisan.

Dengan mengamalkan Brahmacharya, golongan Rishi mendapatdaya ingatan yang kuat. Brahmacharya ialah pengumpulan tenaga dengan mengawalnafsu syawat. Menurut Pātanjala Yogasūtra, Sādhanapāda, Ayat 38, “Brahmacharyapratishthāyamvīryalābhah” (Tenaga diperolehi dengan amalan Brahmacharya).  Menurut golongan Rishi, seseorang yangmengawal nafsu syawatnya dan tidak membazirkan tenaga dengan aktiviti seksualakan mempunyai daya ingatan yang tinggi. Selain itu, amalan Brahmacharya juga memanjangkanusia dan memberikan dhāranā sakti – kebolehan untuk memahami intipatikitab-kitab suci. Dengan kekuatan Brahmacharya, para Rishi menghafal ayat-ayatsuci Veda dan menurunkannya kepada pengikut mereka. Oleh itu, Ayat-Ayat Vedaini dikenali sebagai Sruti, yang secara literal bermaksud pendengaran.[8]

Orang pertama yang mula-mula mengumpul dan menyusunayat-ayat suci Veda ialah Krishna Dvaipayana (juga dikenali sebagai VedaVyasa). Baginda menyusun ayat-ayat suci ini kepada empat Veda – Rig Veda, SāmaVeda, Yajur Veda, dan Atharva Veda. Menurut Vishnu Purana, Vyasa dibantu olehempat orang pengikutnya dalam mengumpul Veda. Paila membantunya untuk mengumpulRig Veda; Vaisampāyana mengumpul Yajur Veda, Jaimini mengumpul Sama Veda danSumantu mengumpul Atharva Veda.[9]

Rig Veda, bahagian yang paling purba, ditulis dalam bahasaSanskrit kuno.

Bagi mengenang jasa Krishna Dvaipāyana Vyāsa, bagindadiberikan gelaran Veda Vyasa. Baginda masih disanjung dan ulang tahunkelahirannya disambut oleh orang Hindu sebagai hari Guru Pūrnimā.

Ajaran utama Veda ialah bahawa semua dan setiap jiwa adalahtuhan – Sarvam Kalvidam Brahma (“Sesungguhnya, segala-galanya ialah Tuhan”) .Terdapat empat ayat-ayat utama Veda yang dikenali sebagai Mahāvākyas atau ‘MahaAyat-ayat’ iaitu:

  • Aham Brahmasmi – Aku ialah Brahman (Tuhan)
  • Tat Tvam Asi – Kamulah Itu (Brahman)
  • Ayam Atma Brahma – Jiwa dalam badan ialah Brahman
  • Prajnanam Brahma – Ilmu yang Agung ialah Brahman

Setiap Veda mempunyai empat bahagian:

  • Samhita - bahagian ini mengandungi ayat-ayat suci mantera.
  • Brahmana- bahagian ini mengandungi maksud dan kegunaan ayat-ayat suci mantera.
  • Aranyaka - meditasi simbolik mengenai ritual dalam Veda untuk diamalkan oleh para pertapa
  • Upanishad - Bahagian falsafah dan metafizik. Antara 108 Upanishad yang wujud, yang berikut ialah yang paling popular: Isha, Kena, Katha, Mundaka, Mandukya, Aitareya, Taittiriya, Chhandogya, Prasna, Svetashvatara, dan Brihadaranyaka.

Smṛiti

Semua kitab-kitab suci Hindu, kecuali Darsana dan Tantra, boleh dikelaskan kepada dua kategori: Veda atau Sruti dan Smriti. Ayat-ayatsuci Veda adalah otoriti yang mutlak.  Smritipula ialah otoriti sekunder. Semua sastera agama seperti dharmasūtras, Purana, Itihāsa (epik), Tantra and Āgama jatuh di bawah kategori Smriti. Semua kitab-kitab sekunder ini mendapat otoritinya daripada Veda. Oleh itu, selagi sumber sekunder ini tidak bercanggah dengan Veda, ia diterima sebagai otoriti yang sah.

Smriti juga mempunyai maksud teknikal. Ia bermaksud bukuundang-undang atau manual rukun kehidupan untuk orang Hindu. Antara bukuundang-undang purba ini, buku Manu adalah yang paling popular. Yajnavalkya,Baudhayana, Apastambha, Vashishtha dan Gautama ialah para penggubalundang-undang zaman purba. Raghunandana ialah penggubal undang-undang Hindumoden.

Purāṇa

Maksud-maksud mendalam kitab-kitab suci adalah agar sukardifahami. Tanpa dharana shakti yang diperolehi dengan amalan Brahmacharya,manusia biasa tidak boleh memahami maksud tersembunyi Veda atau Upanishad. Olehitu, golongan Rishi menghasilkan sejenis sastera khas yang dikenali sebagai Purāṇa.Matlamat utama Purāṇa ialah untuk memberikan ajaran Veda dalam gaya yangpopular, menarik dan mudah difahami oleh manusia biasa. Purāṇa wujud dalambentuk cerita dan perumpamaan. Terdapat lapan belas Purāṇa, antara yang popularialah Vishnu Purāṇa, Bhagavata Purāṇa, Skanda Purāṇa, Vayu Purāṇa, Padma Purāṇa, Markandeya Purāṇa dan Agni Purāṇa. Sebahagian Markandeya Purāṇa amat popular dalam kalangan masyarakat Hindu sebagai Devi Mahatmyam atau Chandi.

Secara amnya, perkataan 'Purāṇa' diperolehi dengan dua cara: purāa bhavam ('naratif zaman silam') dan purā api navam ('sesuatu yang masih baru dalam zaman silam'). Maka, purana boleh bermaksud sesuatu kisah zaman silam, tetapi masih relevan pada semua zaman.

Ciri-ciri umum Purāṇa

Sebuah Purāṇa dikatakan mengandungi lima ciri-ciri yang menjelaskan: sarga (ciptaan), pratisarga (ciptaan pertengahan), vamśa (dinasti dewa-dewa dan raja-raja), manvantara (empat belas Manu dan zaman-zaman mereka), vamśānucarita (genealogi raja-raja dinasti solar dan lunar). Kadang-kadang beberapa ciri lain ditambah seperti rakṣā (fungsi perlindungan alam semesta oleh Tuhan), saṁsthā (pralaya atau pemusnahan alam semesta), hetu (sebab ciptaan , iaitu jiwa dan karma), vṛtti (penyaraan kehidupan), apāśraya (perlindungan atau Brahman). Kecuali Vishnu Purāṇa, ke semua ciri-ciri ini tidak dibincangkan oleh Purāṇa-Purāṇa lain.

Selain lima ciri-ciri umum ini, terdapat beberapa perkara lain yang dibincangkan seperti śrāddha (upacara kematian), kewajiban setiap varṇa and āśrama, tīrtha (tempat-tempat suci), dan penyembahan imej-imej Tuhan. Beberapa buah Purāṇa juga memainkan peranan dalam penyebaran mazhab-mazhab tertentu misalnya, Śaivisme atau Vaiṣṇavisme. Informasi-informasi dalam pelbagai bidang sekular seperti Ayurveda, arkitektual, perancangan bandar, ilmu ramalan, juga dimuatkan dalam sesuatu Purāṇa.

Itihasa atau Epik - Ramayana dan Mahabharata

Ramayana dikarang oleh Valmiki dan Mahabharata pula ialahkarya Vyasa. Kedua-dua epik ini juga dikenali sebagai Itihasa dan ia mengandungi falsafah dan ajaran agama disamping cerita-cerita purba. Bhagavad Gita, kitab suci utama Hindu terkandung dalam Mahabharata. Kedua-dua epik ini juga mempunyai watak-watakutama yang mulia yang dianggap sebagai idola bagi orang Hindu.

Menurut definisi yang diberikan dalam bahasa Sanskrit, sebuah itihasa mesti mengandungi topik-topik yang merangkumi empat puruṣārtha iaitu dharma, artha, kāma dan mokṣa. Secara amnya, topik-topik ini dibincangkan melalui cerita-cerita yang berlaku pada zaman silam.

Perkataan 'itihasa' dan 'puraṇa' telah digunakan dalam sastera Veda (vide Atharva Veda 15.6.4; Satapatha Brahmana 13.4.3.12; Brhadaranyaka Upanishad 2.4.10).

Bhagavad Gīta

[Artikel Utama: Bhagavad Gita]

Kitab suci utama agama Hindu iaitu Bhagavad Gīta ialahsebahagian epik Mahābhārata. Ia mengandungi dialog-dialog antara Sri Krishna,Jelmaan Tuhan dan putera Arjuna. Bagi menjawab soalan-soalan dan keraguanArjuna, Sri Krishna memberi ajaran rohani yang hebat. Ajaran ini merupakankhazanah agama Hindu. Bhagavad Gīta mengandungi kebanyakan ajaran utamaUpanishad. Maka, Bhagavad Gita juga disanjung tinggi seperti Upanishad.

Āgama dan Nigama

Di samping ajaran dan falsafah Veda, agama Hindu jugamempunyai satu set ajaran yang sejajar, dikenali sebagai Tantra. Dalam disiplinTantra, Tuhan dilihat sebagai kedua-dua principal Lelaki dan prinsipalPerempuan atau Shiva dan Shakti. Sastera Tantra juga menggariskan segala aspek penyembahan Shakti atau tenaga Tuhan dalam rupa Ibu Yang Suci. Kebanyakan sastera Tantra berada dalam bentuk dialog di antara Dewa Siva dan Dewi Parvati (Shakti), di mana dalam beberapa Shiva menjadi guru dan Parvati pelajarnya dan dalam sastera lain Parvati menjadi guru dan Shiva pula pelajarnya. Sastera Tantra yang diajar oleh Shiva dikenali sebagai Āgama dan sastera yang diajar oleh Shakti dikenali sebagai Nigama. Terdapat enam puluh empat sastera Tantra yang popular, antaranya ialah: Mahānirvāna, Kulārnava, Kulasāra, Prapanchasāra, Tantrarāja, Rudra Yāmala, Brahma Yāmala, Vishnu Yāmala dan Todala Tantra.

Sastera yang unik dan amat teknikal ini juga mengandungi garis panduan untuk pembinaan kuil dan pembuatan arca Hindu termasuk semua upacara ritual berkaitan dengannya.

Pancharātra Samhitā dan Shaiva Āgama

Seperti Tantra, wujud dua jenis sastera lain yang dinamakan Pancharātra Samhita golongan Vaishnava dan Shaiva Āgama. Seperti Tantra, sastera-sastera ini juga mengutarakan amalan dan doktrin agama yang sesuai untuk zaman Kali. Walaupun kedua-dua sastera ini tidak bergantung kepada otoriti Veda, ia masih tidak bercanggah dengan ajaran Veda. Satu lagi ciri khas sastera ini ialah semua orang tanpa menggira kasta dan jantina boleh mempelajarinya selepas upacara Diksha.

Pancharātra Samhita mempunyai dua ratus lima belas kitab berasingan. Namun, antara kitab yang popular ialah: Ishwara, Paushkara, Parama, Sāttwata, Brihad-Brahma dan Jnanāmritasāra Samhita. Ishwara Samhita telah dirujuk oleh Yamunacharya sementara Paushkara, Parama dan Sāttwata Samhita dirujuk oleh Ramanujacharya. Jnanāmritasāra Samhita telah diterbitkan dengan nama Nārada Pancharātra.[10]

Terdapat senarai dua puluh lapan Shaiva Āgama dan setiap satu mempunyai beberapa Upāgama.